Penerangan Program Focus A (B. Melayu)

Selamat datang ke Program Focus A, program yang menarik, interaktif, efektif dan paling lengkap untuk pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di Malaysia. Luangkan sedikit masa untuk mengetahui bagaimana program ini boleh membantu anak-anak kita cemerlang di dalam pelajaran mereka.




Program Focus A merupakan satu alat pembelajaran menggunakan kaedah terbaru iaitu melalui talian bila-bila masa dan mana-mana. Zaman komputer bukanlah era masa hadapan tetapi SEKARANG. Focus A merupakan program E-pembelajaran paling lengkap di Malaysia hari ini yang mempunyai kedua-dua pembelajaran input dan output dan menggandingkan kelas multimedia dengan rakaman suara guru-guru untuk setiap topik.




Program ini dibangunkan oleh Creative Dreams International Sdn Bhd, syarikat tempatan yang memahami silibus pelajaran tempatan. Semua latihan-latihan objektif dan subjektif dimasukkan. Rakaman suara guru sudah tentu boleh meningkat daya ingatan kerana mereka belajar melalui visual dan audio. Bayangkan pelajar-pelajar menghadiri kelas tiusyen dengan memakai baju tidur. Inilah yang apa program ini mampu lakukan.



Program ini baru juga dilancarkan pada 21 Januari 2010 tetapi kami menjanjikan program E-pembelajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar meningkat potensi mereka di dalam peperiksaan untuk mendapat keputusan semua A.



Di atas ialah semua mata pelajaran yang ditawarkan untuk semua tahap kecuali Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral.


Ini adalah ciri-ciri yang membuatkan Focus A program yang lengkap dan interaktif. Ciri=ciri unik adalah Web-Tutor, Web-Editor, Web-Topics, Web-Assessment, Web-Trial Exam, Web-Past Year Questions, Web-Report Card / SMS, Web-Schema, Live Chat dan Forum.



Kertas 2 juga dimasukkan ke dalam penilaian dan kertas peperiksaan di mana semua jawapan akan dihantar dan disemak oleh guru-guru. Tidak lama lagi, program tersebut akan digandingkan dengan ciri Kamus Web dan Perpustakaan Web. Perpustakaan Web menawarkan akses kepada buku-buku dalam talian dari Worldwide Libary. Ini baik untuk pelajar-pelajar membuat rujukan untuk projek atau tugasan sekolah atau semudah seperti meningkatkan kemahiran karangan.

Ini adalah laman web di mana pelajar-pelajar akan log masuk ialah http://www.focusa.com.my/

ID dan password akan diberi dan mereka boleh mula belajar atau mengulangkaji serta-merta. Semua aktiviti akan direkodkan dalam Web Report Card supaya mereka mampu melihat semula latihan-latihan yang mereka sudah buat untuk memperbaiki kesilapan mereka. Mereka juga boleh melihat Web Notes seberapa kali yang mereka mahu.


Setelah log masuk, ini adalah halaman utama pelajar. Setiap tab akan membawa pelajar ke bahagian berlainan dalam program. Ia sangat mudah digunakan walaupun untuk kanak-kanak berumur 7 tahun.


Setiap topik mempunyai Web Notes (nota) yang lengkap. Nota-nota tersebut adalah berwarna-warni untuk meningkatkan daya ingatan, lengkap dengan gambarajah, carta aliran dan sebagainya. Dalam Web Tutor, setiap topik dilengkapi dengan suara guru yang menerangkan topik berkenaan. Nota-nota ini boleh dilihat seberapa kali yang mahu dan setiap topik mengambil masa antara 3 hingga 7 minit.

Sekiranya pelajar tidak faham atau mahu bertanya sesuatu, dia bolehlah menghantar soalan berkenaan dengan topik tersebut melalui Web Editor.


Dalam Web Topic, pelajar-pelajar akan melalui latihan soalan-soalan mengikut topik.


Apabila soalan-soalan objektif dijawab, serta-merta sistem akan memeriksa soalan sama ada betul atau salah dan akan direspon dengan kata-kata motivasi seperti 'good', 'excellent' dan 'well done' tetapi cuma untuk jawapan betul kali pertama. Akan tetapi, jawapan salah akan mendapat respon 'wrong answer, please try again', di mana pelajar boleh mencuba sehingga 3 kali. Setiap jawapan salah, markah akan dipotong.

Di sebelah setiap soalan, ikon Web Notes boleh dilihat dan pelajar boleh klik untuk melihat Web Notes sekiranya mereka ingin merujuk atau tidak faham soalan tersebut.



Dalam Web Assessment, pelajar akan dinilai kemahiran mereka untuk kumpulan-kumpulan topik terdahulu (mereka perlu menghabiskan setiap topik terlebih dahulu sebelum boleh membuat Web Assessment. Mereka akan mula dari tahap mudah dan mendapat markah A atau 80 markah dan ke atas sebelum boleh membuka tahap seterusnya. Ini adalah di mana pelajar mendisiplinkan diri untuk mendapat markah A. Lagipun mereka perlu mula dari tahap mudah sama seperti bermain permainan komputer. Apa yang lagi menarik, pelajar boleh bersaing untuk mendapatkan kedudukan teratas bersama dengan pelajar di seluruh negara yang juga menggunakan Focus A dan akan dipaparkan di laman web termasuk nama sekolah dan nama ibu bapa. Ini adalah suatu ciri yang boleh memotivasikan mereka untuk mencuba lebih baik lagi di dalam pelajaran mereka.


Di dalam Web Past Year Exam, pelajar boleh melihat soalan-soalan kertas peperiksaan tahun-tahun lepas yang tidak kurang dari 10 tahun. Dengan latih-tubi mereka mampu melihat soalan yang mungkin berulang pada tahun peperiksaan mereka. Ini juga adalah untuk mereka membiasakan diri dengan format tersebut dan mengelakkan panik di dewan peperiksaan.


Pelajar juga mampu menduduki peperiksaan percubaan sebelum peperiksaan kebangsaan sebenar (UPSR/PMR/SPM) pada masa yang dijadualkan untuk layak disenaraikan dalam senarai pelajar terbaik menggunakan Focus A. Jangan terperanjat ya, anak anda mampu memenangi hadiah wang tunai pada hujung tahun untuk keputusan cemerlang mereka.


Bahagian Forum adalah ciri yang interaktif di mana pelajar boleh mengajukan soalan secara terbuka dan mendapat respon dari pelajar lain, guru dan juga ibu bapa. Mereka juga boleh memilih untuk cuma membaca perbincangan atau juga menawarkan pendapat, jawapan dan idea.


Terdapat juga sessi perbualan talian (Chat). Guru tertentu akan mengumumkan masa dan tarikh mereka akan berada dalam talian di dalam chatroom tertentu untuk membincangkan sesuatu topik. Untuk mengambil bahagian, pelajar cuma perlu log masuk ke chatroom pada masa yang ditentukan. Mereka boleh memililh untuk melihat perbualan sahaja atau juga mengajukan soalan kepada guru.




Beginilah rupa chatroom tersebut.



Semua latihan yang dibuat di
Web Topic, Web Assessment, Web Past Year Exam, Web Trial Exams akan dihantar serta-merta ke Web Report Card dan mudah dilihat oleh kedua-dua pelajar dan ibubapa. Ibubapa juga boleh memilih untuk keputusan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.

Apabila 'View Result' di sebelah kanan diklik...



...laporan terperinci latihan tersebut boleh dilihat yang lengkap dengan jawapan yang diberi dan jawapan yang betul. Masa latihan tersebut diambil juga ditunjukkan.


Untuk program lengkap dari Tahun 1 ke Tingkatan 5 dan boleh digunakan 24 jam sehari setiap hari, ia datang dengan harga yang hebat iaitu cuma RM795 untuk langganan 12 bulan dan meliputi SEMUA mata pelajaran. Program tersebut percuma digunakan untuk anak kedua dan adik-beradik seterusnya cuma tambah RM50 untuk setiap satu. Setiap anak akan mendapat ID dan password tersendiri untuk akses tahap persekolahan mereka yang tersendiri.

Untuk cuma 2 orang anak, ia berharga RM33 sebulan untuk seorang anak selepas kos dipecahkan, yang bukan sahaja murah tetapi juga lebih murah dari pusat atau guru tiusyen. Ia juga interaktif dan seronok digunakan. Pelajar mudah bosan dengan buku dan belajar melalui komputer akan memberi mereka lebih semangat untuk mengambil berat tentang pelajaran mereka.

Log masuk ke http://www.focusa.com.my/ dan cuba program tersebut dengan password focusa919. Hubungi wakil yang memperkenalkan program ini kepada anda dan tanya bagaimana untuk mula serta-merta. Ia tidak terdapat di sekolah-sekolah mahupun kedai-kedai buku.

and try the program through the online demo with the log in password focusa919.

Ingat! Jangan tunggu sehingga anak anda mengeluh, "Kalaulah saya ada Focus A...semua kawan-kawan saya cemerlang dalam peperiksaan disebabkan oleh Focus A lah!"

No comments:

Post a Comment